Agenda Zionis Dalam Globalisasi Ekonomi
Globalisasi ekonomi adalah fenomena globalisasi yang paling menonjol sekali sehinggakan pakar ekonomi menyatakan globalisasi sebagai kapitalisasi dunia. Semasa era Perang Dingin, sistem ekonomi dunia diasaskan kepada dua ideologi utama iaitu kapitalisme dan sosialisme. Selepas kejatuhan empayar Soviet Union, ekonomi dunia dikatakan bersifat unipolar dan ia merupakan hasrat Barat yang diketuai oleh Amerika Syarikat yang dimanifestasikan melalui orde baru dunia. Proses globalisasi ekonomi ini menjadikan dunia sebagai “Global Village” yang tidak ada sempadan lagi. Maksudnya, proses pengeluaran, pengurusan, pasaran, buruh, maklumat dan teknologi telah diurus melewati batasan nasional sesebuah negara.
Globalisasi ekonomi meliputi perdagangan bebas antara negara-negara di dunia di mana sesuatu perdagangan tidak hanya berpusat di dalam negara tetapi membuka cawangan di luar negara. Sebagai contohnya, jenama minuman Coca-cola, Pepsi dan sebagainya begitu juga dengan kewujudan serangkaian Pasaraya yang berpusat di AS tetapi membuka cawangannya di Malaysia dan lain-lain negara. Penghapusan sempadan sempadan ini sememangnya sangat diharapkan oleh syarikat-syarikat Transnasional yang dimonopoli oleh Barat baik di sektor perhotelan, industri, teknologi maklumat mahupun pembuatan. Kehadiran tentera transnasional yang kononnya bertujuan membantu pembangunan negara yang berekonomi lemah hanyalah satu gimik pihak Barat bagi memerangkap negara berkenaan terutama negara yang dahaga atau ghairah dengan pembangunan. Di Malaysia umpamanya, krisis ekonomi pada pertengahan 1997 – 1998 secara jelas menerangkan sikap atau gelagat pemodal transnasional. Dalam krisis tersebut pemodal tersebut menarik keluar pelaburan mereka yang mengakibatkan krisis terjadi.
Antara bahaya yang ditimbulkan oleh ekonomi global ialah:
i. Ketidakadilan kerana golongan kuat akan menindas golongan lemah sementara golongan kaya akan mengeksploitasi golongan miskin. Ekonomi global tidak peduli apa yang diperlukan oleh sesebuah negara tetapi hanya mementingkan keuntungan semata-mata.
ii. Membina industri dan kilang-kilang di negara dunia ketiga di mana mereka sendiri melarang pembinaannya di negara sendiri kerana bahayanya. Rahsia ini berjaya dicungkil oleh seorang sarjana Islam (Dr. Abdullah Uthman Attaum) yang berjaya membongkar perancangan yang dibuat oleh Lawrence Smith, pakar ekonomi di Bank Dunia di mana beliau (L. Smith) menggesa supaya negara-negara maju memindahkan industri yang berisiko ke negara dunia ketiga dengan beberapa alasan antaranya ialah supaya kerugian yang terpaksa ditanggung akibat pencemaran, kematian dan penyakit berpunca daripada industri itu dialihkan ke negara dunia ketiga dan tidak menjadi beban kepada negara-negara maju.
iv. Ekonomi yang menguntungkan pihak yang kuat. Bukan sedikit negara yang hilang kedaulatan dan maruah akibat permainan negara yang memiliki kekuatan ekonominya. George Soros, spekulator mata wang AS berjaya mengaut keuntungan berbilion dolar dan memiskinkan negara-negara dunia ketiga kerana kelicikannya dalam memanipulasi mata wang sehingga menyebabkan berlaku krisis ekonomi Asia Tenggara pada tahun 1997-98. Indonesia terpaksa tunduk kepada Bank Dunia dalam usaha untuk menyelamatkan negara mereka dari terus lumpuh akibat krisis yang melanda.
v. Ekonomi global menganiaya hak-hak pekerja dalam pemberian upah dan gaji. Sebagai contoh, dalam industri pembuatan kasut Nike, harga kasut ini memang tinggi di Eropah dan AS iaitu sekitar 150 dolar sepasang tetapi di Indonesia yang pekerjanya seramai 120 ribu orang hanya dibayar upah kurang dari tiga dolar sehari. Upah sebanyak itu tidak mencukupi untuk menyara kehidupan pekerja dalam keadaan kos sara hidup yang semakin meningkat.
Globalisasi ekonomi mewujudkan masyarakat yang mengutamakan material daripada moral, politik daripada akhlak dan hawa nafsu daripada akal. Kaedah The End Justifies The Mean ini membolehkan mereka melakukan demi kelangsungan hidup mereka walaupun orang lain harus mati.

“At the same time we must intensively patronise trade and industry, but first and fore most, speculation, the part played by which is to provide a counterpoise to industry: the absence of speculative industry will multiply capital in private hands and will serve to restore agriculture by freeing the land from indebtedness to the land bank. What we want is that industry should drain off from the land both labour and capital and by means of speculation transfer into our hand all the money of the world….
Terjemahan: “Pada masa yang sama kita mestilah menggalakkan perdagangan dan perindustrian secara meluas, tetapi yang pertama dan terpenting sekali “spekulasi” yang berperanan sebagai suatu pengimbang kepada perindustrian. Tanpa pasaran spekulasi, perindustrian akan menggandakan modal persendirian dan ini akan memulihkan bidang pertanian melalui pembebasan tanah dari hutang-hutang bank. Apa yang kita kehendaki ialah supaya industri dapat melenyapkan dari tanah iaitu kedua-dua modal dan buruh. Dan dengan spekulasi akan berpindahlah semua wang dunia ke tangan kita.”

0 comments:
Post a Comment