ZIONIS & FREEMASON part 2

Saturday, 21 July 2012

Sumber Pemikiran Zionis

Pemikiran Zionis adalah bersandarkan kepada pemikiran agama golongan Farisi. Sains Chaldean (teknologi Babylon) yang dipelajari oleh pendeta-pendeta Yahudi semasa penaklukan Babylon telah melahirkan golongan Farisi yang namanya muncul dalam kitab suci dan penulisan-penulisan ahli sejarah Yahudi selepas penaklukan tersebut (606 SM).
Semenjak itulah bermulanya Kabbalah atau tradisi Farisi. Untuk sekelian lamanya ajaran mereka hanya disebarkan secara lisan tetapi kemudiannya telah menulis Telmud dan akhirnya menulis sebuah lagi buku yang dipanggil Sepher Ha Zohar. Kitab Telmud dianggap lebih penting oleh Rabi atau Ulamak Yahudi daripada kitab Taurat. Taurat diselewengkan oleh sebilangan pendita Yahudi lalu terhasillah Telmud – kitab ciptaan pendita Yahudi yang ditulis selepas Maharaja Rom, Taithas memusnahkan Haikal (tempat ibadat Yahudi) di Baitulmuqaddis, Palestin pada 70SM. Telmud menjadi ‘kitab suci’ dan ensiklopedia ketuhanan Yahudi yang agung mengantikan Taurat.

Pemikiran-pemikiran Zionis

Antara pemikiran-pemikiran Zionis ialah:


1.Semua orang Yahudi di dunia adalah anggota keluarga Bani Israel. Kata Louis D. Brandeis sebagaimana yang dipetik oleh Henry Ford dalam bukunya ‘The International Jews’: “Let us recognize that we Jews are a distinct nationality of which every Jew, whatever his country, his nation or shade of belief, is necessarily a member”. Sejumlah pemimpin Zionis adalah atheis. Agama Yahudi menurut mereka hanyalah sebagai batu loncatan untuk merealisasikan cita-cita politik dan ekonomi. 
2. Bangsa Yahudi adalah bangsa istimewa yang harus menjadi tuan yang berkuasa. Manakala bangsa-bangsa lain adalah hamba kepada mereka. Mereka menyatakan bahawa Allah telah mempersiapkan bangsa mereka dengan karekteristik dan keistimewaan yang tidak ada pada bangsa lain dengan tujuan untuk memerintah dunia. Dalam Perjanjian Lama menyatakan: “Kerana kamu adalah suatu golongan suci di sisi Tuhanmu. Tuhanmu telah memilih kamu menjadi manusia yang istimewa di sisinya, lebih mulia dari semua manusia di muka bumi ini” – (Deuteronomy vii: 6). Telmud mentafsirkan ayat tersebut dengan “Kamu adalah manusia, tetapi bangsa-bangsa lain bukanlah manusia tapi haiwan”. Dalam Midrasah Talpioth menyatakan; Tuhan mencipta goyem dalam bentuk manusia untuk kebahagiaan Israel. Tetapi “Akum” (Orang Kristian) telah dicipta untuk berkhidmat bagi Yahudi siang dan malam. (Pranaitis, 1985: 50) 
3. Untuk menguasai dunia, mereka hendaklah mendirikan sebuah pemerintahan di bumi yang dijanjikan iaitu yang terbentang dari sungai Nil sampai Eufrat atau dikenali dengan Eret Yizrael. Dengan berdirinya negara Israel ini bererti berakhirnya enam buah negara Arab yang berada di laluan Israel di antara sungai Nil dan Furat iaitu Mesir, Iraq, Arab Saudi, Jordan, Syria, Lubnan dan tentunya seluruh Palestin. 
4. Dalam Telmud dinyatakan bahwa bangsa Yahudi wajib tinggal di Palestin. Kewajipan ini mengatasi segala kewajipan-kewajipan yang lain. Dinyatakan dalam Book of Yoshua 33/24 “Golongan yang mendiaminya yakni Palestin akan diampun segala dosanya”. Ben Gurion, Perdana Menteri Pertama rejim Zionis Israel menyatakan: “Sesiapa yang hidup di tanah Israel adalah para mukmin. Mereka yang tinggal di luar darinya adalah tidak bertuhan!”
Agenda Zionis Dalam Globalisasi Politik

Globalisasi politik bermaksud menundukkan semua negara untuk mengikuti politik super power iaitu AS. Kalau dahulu terdapat dua kuasa besar di dunia iaitu Rusia dan AS tetapi selepas berakhirnya Perang Dingin dan runtuhnya komunisme, AS telah muncul sebagai satu-satunya kuasa besar di dunia ketika ini. Jadi mereka mendabik dada sebagai polis dunia. Mereka mahu supaya seluruh dunia tunduk kepada kekuasaan mereka.

AS terus cuba melalui polisi luarnya untuk mendominasi dunia melalui pendekatan Tata Baru Dunia ‘New World Order’. Pada sesi persidangan kongres pada 11 September 1990, Presiden AS, George W. Bush pernah menjelaskan objektif kepada kewujudan Tata Baru Dunia yang mana menurut beliau:

“Sebuah tata baru dunia…. adalah satu era yang bebas daripada ancaman keganasan, kuat mempertahankan keadilan dan lebih menjamin kepada kewujudan keamanan, satu era yang mana negara-negara di dunia, Timur dan Barat, Utara dan Selatan, akan bahagia dan hidup dalam harmoni…”

Sebenarnya ramai sarjana dan pemimpin masih keliru dengan Tata Baru Dunia dan seterusnya pengisian kepada dasar tersebut. Bekas Timbalan S/Usaha Negara AS, Lawrence Eagleburger, Zbigniew Brzezinski, bekas Penasihat Keselamatan Negara Presiden Jimmy Carter dan bekas S/Usaha Luar Britain, Douglas Hurd (sekadar menyebut beberapa nama) tidak dapat menggambarkan bagaimana rupa bentuk Tata Baru Dunia.

Hakikatnya suasana dunia menunjukkan pendominasian yang hampir total oleh Barat ke atas negara-negara lain. Barat hari ini diketuai AS sedang mensejagatkan tamadun sekular Barat iaitu tamadun yang terkuat dan paling berkuasa kini. Mereka mempunyai agenda hegemoni dan pendominasian sejagat seperti yang tergambar daripada retorika dan aksi mereka yang mengisytiharkan dengan angkuh “either you are with us or with the terrorist”, dan melabelkan negara-negara yang tidak bersekongkol dengan mereka sebagai “the Axis of Evil”.

Dalam banyak perkara AS telah mendominasikan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk kepentingan mereka. Tiada negara yang berani bersuara menentang AS dari terus menguasai PBB yang dijadikan alat menjaga kepentingannya. Menurut Abdul Razak Baginda, kuasa-kuasa besar seperti AS akan memaksa Majlis Keselamatan untuk mengambil tindakan tegas ke atas sesuatu negara demi menjaga kepentingan mereka, ataupun melengah-lengahkan tindakan jika ia tidak berkepentingan, dan apabila mereka menentang, kuasa veto digunakan.

Apakah tujuan AS masuk campur dalam Perang Teluk yang menyaksikan Iraq menceroboh Kuwait? Kenapa AS membiarkan Rusia melakukan proses penghapusan etnik terhadap rakyat Chechya sedangkan rakyat Chechya bukan penduduk asli Rusia, bahasanya bukan bahasa Rusia dan tanah airnya tidak termasuk dalam Rusia? Sebaliknya kenapa AS menekan Indonesia supaya membebaskan Timor Timur sedangkan penduduknya adalah orang Indonesia dan bahasanya adalah bahasa Indonesia? Kenapa AS membiarkan tentera Serbia melakukan proses penghapusan etnik terhadap rakyat Bosnia Herzegovina sekiranya mereka mengakui bahawa mereka adalah polis yang menjaga keamanan dunia ini?

AS dalam banyak hal menggunakan dua ukuran (double standard) dalam menangani sebarang krisis yang melanda. Ukuran pertama adalah untuk masyarakat bukan Islam dan ukuran kedua khusus untuk masyarakat Islam. Globalisasi politik memperjuangkan demokrasi dan hak asasi manusia di kalangan bukan Islam. Itu betul terhadap bukan Islam tetapi apabila sistem yang digunakan Barat sendiri diimplementasikan dalam pilihanraya lalu memberi kemenangan kepada golongan yang condong kepada Islam, maka kekuatan tentera digunakan untuk membatalkan kemenangan itu. Inilah yang berlaku di Algeria apabila Parti FIS (Front Islamique de Salut) memenangi pilihanraya pada 1992. Sikap ini juga ditunjukkan dalam isu nuklear Iran. Walaupun Presiden Iran, Ahmadenajad berkali-kali menegaskan kepada AS dan Barat bahawa program nuklearnya hanya untuk kegunaan domestik dan keamanan, AS tetap tidak berpuas hati. Mereka tetap mahukan Iran menghentikan program nuklearnya. Kenapakah sikap dan tindakan yang sama tidak diambil terhadap Korea Utara?

Secara umumnya ada empat strategi yang dilakukan Barat dengan kepemimpinan AS untuk menakluki Dunia Islam atau negara-negara Islam. Pertama; mencipta kondisi ketergantungan ekonomi, yang akan dibincangkan dalam bahagian globalisasi ekonomi nanti. Kedua; penanaman rasa permusuhan dan saling curiga di antara negara-negara Islam, mengamalkan politik pecah-perintah (divide and rule). Ketiga; pencegahan persenjataan nuklear di negara-negara Islam. Keempat; pembasmian ‘kekuatan Islam’ khususnya gerakan-gerakan Islam (Harakah Islamiyyah) yang merupakan oposisi terhadap hegemoni Barat.

Dari paparan globalisasi politik kita dapat melihat dengan jelas terdapatnya agenda Zionis dalam percaturan politik negara-negara umat Islam khususnya negara-negara Arab Timur Tengah. Permusuhan antara sesama negara Islam dan sesama pejuang Islam merupakan peluang keemasan bagi Barat yang didalangi Zionis untuk menjalankan strategi penaklukan. Seorang penulis Amerika, Mark Steyn menyebutkan bahawa:

“Perang peradaban melawan Iraq adalah sebagai titik awal, giliran berikutnya adalah semua negara-negara Arab. Dimulai dengan Mesir, Arab Saudi, Jordan, Syria dan Palestin.

Kenyataan ini menjelaskan lagi agenda Zionis yang terkandung dalam akar pemikiran Zionis itu sendiri iaitu untuk menguasai dunia, mereka hendaklah mendirikan sebuah pemerintahan di bumi yang dijanjikan iaitu yang terbentang dari sungai Nil sampai Eufrat atau dikenali dengan Eret Yizrael. Serangan terhadap Iraq merupakan siri tindakan Zionis untuk mendirikan Israel Raya “The Greater Israel From The Nile To The Euphrates” .

Bersekutunya Kristian (Barat) dan Yahudi (Israel) adalah kerana mereka terikat oleh nilai budaya dan agama (Judeo Christian Ethics). Dalam kepercayaan Kristian khususnya Kristian Evangelical, Messiah akan hanya datang ke bumi apabila bumi Palestin diduduki sepenuhnya oleh orang Yahudi. Perkataan Messiah adalah berasal dari bahasa Hebrew yang membawa maksud ‘lelaki yang disapu dengan minyak yang berkat’. Penyapuan minyak yang berkat ini biasanya dilakukan di atas kepala raja atau pendeta ketika perlantikan mereka. Fahaman Messiah menurut ajaran Yahudi ialah akan datang seorang penyelamat pada akhir zaman dari keturunan Daud. Dia akan memerintah bumi ini dengan penuh keadilan, dia adalah raja dan juga pendeta, dia akan menyatu dan menyelamatkan bangsa Yahudi. Dia akan memusnahkan orang-orang yang zalim dan menghancurkan kekuasaan pemerintahan gentile. Dan kerajaan itu akan berpusat di Palestin yang akan dikenali sebagai kerajaan Tuhan “The Kingdom of God” . Dalam ajaran kristian pula Messiah adalah Jesus Christ itu sendiri.

Menurut Muhammad al-Ghazali (2003), sokongan pemimpin Amerika hari ini seperti Reagen, Carter dan Bush dan lain-lain terhadap kewujudan Israel Raya hari ini adalah juga kerana kepercayaan terhadap Doktrin Messiah. Orang-orang Kristian menunggu-nunggu kemunculan Isa b. Maryam selepas mengumpul seluruh orang Yahudi di Palestin dan menjadikan mereka penganut Kristian. Realiti yang berlaku dalam sejarah dunia hari ini juga menyokong kenyataan bahwa kembalinya Yahudi ke Palestin adalah sebagai persediaan mereka untuk menunggu Messiah. Begitu juga dengan sokongan kuasa-kuasa besar Kristian iaitu Presiden AS, George W. Bush dan Perdana Menteri Britain, Tony Blair terhadap keputusan mereka menyerang Iraq pada pada Mac 2003. Mereka menyatakan bahawa keputusan yang diambil dalam kes pencerobohan ke atas Iraq adalah dipandu oleh Tuhan dan berdasarkan ajaran Kristian. .

Hasrat Yahudi untuk mendirikan Haikal Sulaiman buat kali ketiga setelah dimusnahkan sebanyak dua kali sebagaimana yang dicatatkan dalam al-Qur’an tidak menjadi rahsia lagi. Hasrat mereka untuk mendirikan Haikal Sulaiman ini adalah sebagai persediaan untuk menyambut Messiah . Rejim Zionis hari ini percaya bahawa kuil itu bertempat di kawasan tapak Masjidil Aqsa hari ini. Rejim Zionis telah melaksanakan kerja-kerja arkeologi di bawah tapak Masjid al-Aqsa yang kini telah menjangkaui keseluruhan masjid tersebut. Menurut sumber arkeologi kerajaan Zionis pada 18/8/1990 telah mengatakan: “Kami akan membangunkan semula Haikal yang ketiga di atas tanah Urshalem dengan mengunakan teknologi terkini yang dimiliki kerajaan Israel”.

Menurut John K. Hord (2005) dalam artikelnya Did Jerusalem Relocate menyatakan, selepas penggalian arkeologi secara intensif terhadap ibu kota Sulaiman dan Daud (di tapak Masjidil Aqsa hari ini) didapati tiada sebarang penemuan untuk mengaitkan kewujudannya sebagaimana yang didakwa. Kajian beliau akhirnya merumuskan beberapa idea baru antaranya ialah ibu kota Kerajaan Daud dan Sulaiman tidak terletak di Jerussalem, juga perkataan Jerussalem yang disebut dalam Taurat adalah merujuk kepada ideologi bukannya tempat. Kajian ini secara eksplisitnya membuktikan rancangan dan tindakan Zionis untuk menanti kedatangan Messiah seterusnya melaksanakan misi mereka untuk menguasai dunia.

Istilah New World Order atau Tata Baru Dunia juga dikenali dengan istilah: Zep Tepi, The First Time of Osiris, The Golden Age, New Order of the Ages, Novus Ordo Seclorum dan Globalization . Cita-cita dan harapan New World Order ini jika ditelusuri dengan lebih mendalam kita akan mendapati ianya adalah merupakan cita-cita Zionis yang cuba diusahakan oleh pertubuhan rahsia mereka iaitu Freemason dan juga Illuminati sejak dahulu lagi..

Illuminati ialah pertubuhan Mistik Occult yang diasaskan oleh Adam Weishaupt di Jerman pada 1 Mei 1776. Organisasi ini mengunakan apa saja cara untuk memusnahkan kerajaan dan agama untuk mewujudkan “ Satu Kerajaan Dunia”. Kekuatan dan kekuasaan pakatan ini semakin bertambah dari masa ke semasa hingga ke hari ini. Logo Illuminati diabadikan dalam setiap dollar AS. Menurut Harun Yahya, simbol mata di atas Piramid adalah simbol Freemason yang paling penting. Piramid merujuk kepada Great Piramid di Gizeth Egypt, tempat sumber ilmu sihir di zaman purba. Simbol mata di atas piramid bermaksud mata Tuhan Lucifer yang melihat semuanya.




0 comments:

Post a Comment