ZIONIS & FREEMASON part 1

Saturday, 21 July 2012
Assalamualaikum...nie nak kongsi ngn semua org.. first day masuk kelas dah dapat assignment...tajuk nyer x susah cume sangt global..semua org tau n semua org mungkin dah lupa...iaitu pasal ZIONIS dan FREMASON..dulu topik ini sangat hangat dikatakan..namun hari demi hari ia semakin diendahkan oleh masyarakat..sehingga hidup kita dikelilingin dengan unsur2 tersebut tanpa kita sedari.


"Perkataan Zionis berasal dari ungkapan Taurat ‘Zion’ atau ‘Sion’ yang membawa maksud kota atau batu, iaitu ia merupakan nama bagi sebuah bukit yang terletak di barat daya Baitulmuqaddis. Menurut catatan Bible, Nabi Sulaiman telah membina sebuah tempat ibadat yang agung di atas gunung Zion yang dikenali sebagai Haikal Sulaiman. Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1998), Zionis ialah berkenaan dengan memperjuangkan atau mengamalkan Zionisme. Ia juga bermaksud anggota (pengikut atau penyokong kuat) Zionisme.

Sementara istilah globalisasi pula telah banyak kali diperdebatkan oleh cendekiawan Islam dan bukan Islam. Menurut Dr. Yusuf al-Qaradawi, globalisasi adalah terjemahan istilah Inggeris “globalization”, yang dipopularkan oleh Barat khususnya Amerika Syarikat. Dalam istilah Perancis dikenali sebagai monodialisation. Dalam istilah bahasa Arab disebut ‘Aulamah. ‘Aulamah adalah masdar dari perkataan ‘alam, maka atas wazan Fau’alah, ia menjadi ‘Aulamah seperti mana perkataan qalab menjadi qaulabah dan kaukabun menjadi kaukabah (merujuk kepada planet bumi). Globalisasi bermaksud melenyapkan dinding dan jarak antara satu bangsa dengan bangsa lain dan antara satu kebudayaan dengan kebudayaan lain sehingga semuanya menjadi dekat dengan kebudayaan dunia, pasar dunia dan keluarga dunia. Sebahagian yang lain mengatakan globalisasi ialah merubah menjadi perkampungan dunia."



Sejarah Bangsa Yahudi dan Zionisme

Zionisme merupakan suatu isu yang hangat diperkatakan sejak dulu hingga kini. Ia telah melalui sejarah yang amat panjang. Ia telah muncul bersama-sama dengan agama Yahudi (Judaisme). Kita tidak akan mengetahui sejarah Zionisme tanpa meneliti asal-usul Yahudi terlebih dahulu. Bangsa Yahudi berasal daripada keturunan Nabi Allah Ibrahim a.s. Ibrahim pula berasal daripada rumpun bangsa Semitik (Samiyyah) iaitu keturunan Sam bin Nuh. Beliau lahir dan menetap di Ur, sebuah Bandar di Babylon yang terletak di Lembah Mesopotamia (Selatan Iraq) iaitu antara Sungai Furat (Euphrates) dengan Sungai Dajlah (Tigris). Kemudian beliau berhijrah ke Palestin (Kana’an) untuk berdakwah di jalan Allah s.w.t . Apabila Palestin ditimpa bencana kemarau dan kebuluran, beliau berpindah pula ke Mesir. Tetapi setelah beberapa ketika, beliau dan isterinya Sarah kembali semula ke Palestin sementara Siti Hajar, isteri keduanya dan puteranya Ismail ditinggalkan di Mekah sekitar tahun 2000SM. Daripada keturunan inilah lahirnya Nabi Muhammad s.a.w.
Keturunan Ibrahim dan Sarah terus menetap dengan amannya di Palestin hingga ke zaman cucu mereka Nabi Ya’qub bin Nabi Ishaq a.s. yang digelar oleh Allah s.w.t sebagai Israel (hamba Allah yang taat). Berikutnya anak Nabi Ya’qub dikenali sebagai Bani Israel ataupun Yahudi (istilah yang berasal daripada ‘Yahuza’, nama salah seorang daripada putera Ya’qub sendiri). Walau bagaimanapun, nama Yahudi bagi bangsa itu hanya terkenal selepas berpecahnya kerajaan Nabi Sulaiman a.s. kepada dua bahagian, iaitu Kerajaan Israel yang berpusat di Judah (Selatan Palestin) dan Kerajaan Asbat Yahuza yang tertegak di Samaria (Utara Palestin). Episod ini berlaku sekitar 920SM.

Dalam pada itu, agama Islam yang diajar oleh Nabi Ibrahim a.s. dan para rasul yang terdahulu telah diselewengkan oleh para rahib Yahudi sehingga kerosakan moral, kekacauan dan kelemahan menimpa kedua-dua kerajaan tersebut. Dalam suasana yang demikianlah, Nebuchadnezzar, Raja kaum Kaldia dari Babylon telah memusnahkan Jerussalem dan membawa sekurang-kurangnya 50,000 orang Yahudi sebagai tawanan ke Babylon. Kemudian pada abad Pertama Masihi, tentera Rom yang diketuai oleh Maharaja Titus pula menyerang Judah sehingga hancur. Selepas kehancuran Judah, bangsa Yahudi mula bertebaran di seluruh dunia mencari perlindungan. Biasanya, mereka akan masuk ke negara-negara yang memiliki kerajaan yang hebat seperti kerajaan Firaun di Mesir, khilafah Uthmaniyah di Turki dan sebagainya.

Semasa dalam buangan (diaspora), orang-orang Yahudi diasuh untuk terus memelihara perasaan keterikatan dengan tanah kelahiran mereka. Bangsa Yahudi mulai melahirkan rasa rindu yang amat mendalam terhadap ‘Zion’ atau ‘Sion’. Ia juga merupakan benteng pertahanan kerajaan Daud a.s. Lantaran itu, bukit itu menjadi masyhur sebagai tempat suci bagi bangsa Yahudi. Malah mereka percaya bahawa Tuhan mereka Jehovah (Yahweh) ada di sana. Tetapi pergerakan yang asalnya berunsur agama dan kerohanian itu kemudiannya bertukar menjadi suatu ideologi yang menimbulkan pula kesedaran nasional.

Namun, di mana sahaja mereka berkampung, bangsa Yahudi tetap memelihara cara hidup mereka dengan mengamalkan segala ritus (upacara ibadat) dan sifat kemegahan bangsa. Mereka sentiasa dikhutbahkan dengan kerinduan dan impian terhadap Zion. Anak-anak mereka dididik untuk membaca teks-teks Taurat dan berdoa dengan mengadap Jerussalem dan menyanyi berulang-ulang kali tentang kerinduan mereka itu.
Istilah Zionisme hari ini bukanlah satu aliran pemikiran yang baru. Ia merujuk kepada gerakan Yahudi moden yang bertujuan untuk mendirikan sebuah negara Yahudi di Palestin yang sah. Gerakan ini buat pertama kalinya diformulasikan dalam satu persidangan Yahudi Sedunia di Basle, Switzerland pada 29-31 Ogos 1897. Cita-cita Zionis untuk membina negara Yahudi ini adalah berasaskan kepada prinsip asas dalam agama Yahudi iaitu “bumi yang dijanjikan Tuhan selama-lamanya untuk bangsa Yahudi”. Menurut Zionis, gerakan ke arah prinsip asas ini telah dilakukan semenjak kemusnahan Jerusalem oleh Nebudchadnezzar, maharaja kerajaan Babylon.


0 comments:

Post a Comment