Kelebihan/Fadhilat Puasa Sunat Hari Arafah

Wednesday, 24 October 2012

Di saat tetamu-tetamu Allah di Tanah Suci sedang beribadat ketika wukuf di Arafah pada 9 Zulhijjah, kita yang tidak berkesempatan untuk melaksanakan haji, bolehlah melakukan puasa hari arafah. Puasa sunat Hari Arafah adalah khas untuk mereka yang tidak pergi menunaikan haji.

Kelebihan puasa Hari Arafah

Telah tersebut dalam satu hadith Sahih Muslim yang bermaksud,
Dan Rasulullah SAW ditanya tentang berpuasa di hari ‘Arafah. Maka Baginda bersabda: “Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang.” (Hadith Riwayat Imam Muslim)
Maka untuk mereka yang berpuasa pada Hari Arafah akan diganjarkan dengan penebusan dosa setahun sebelum dan selepas. InsyaAllah. Kalau betul niat, betul cara.
Didalam riwayat lain Nabi saw bersabda :
“Puasa hari Arafah, sesunguhnya aku berharap Allah swt agar menghapuskan dosa setahun yang lepasnya dan tahun yang sebelumnya” – (Hadith riwayat Tirmidzi)

Daripada Sayyidatina ‘Aisyah telah berkata :
Tiada dari hari dalam setahun aku berpuasa lebih aku gemari daripada hari Arafah – (Hadis riwayat Ibnu Abu Syaibah dan Baihaqi)

Niat Puasa Sunat Hari Arafah

Mungkin ramai akan tanya, “Macam mana nak niat puasa sunat hari arafah?”. Ada dua pendapat tentang niat. Satu kita boleh niat dengan cara niat umum, contoh, “Sahaja aku puasa sunat”. Ataupun satu lagi, dengan cara khusus, contoh “Sahaja aku puasa sunat hari arafah”. Tak ada masalah untuk buat yang mana-mana.
Untuk penerangan lanjut, sila lawati entri di blog ini 



Tarikh Hari Arafah Di Malaysia

Memandangkan Hari Raya Aidiladha dekat Malaysia jatuh pada hari Ahad 6/11/2011, maka hari Sabtu 5/11/2011 boleh la puasa sunat Hari Arafah. Ajak ramai-ramai puasa sunat Hari Arafah, insyaAllah ada sahamnya. Dan jangan lupa share post ni ye. 
Update untuk tahun 2012:
InsyaAllah tahun ini kita akan menyambut hari raya Aidil Adha pada hari Jumaat 26 Oktober 2012, maka hari Arafah jatuh pada hari Khamis 25 Oktober 2012.
p/s : Kalau ada salah info dekat atas ni, sila komen/bagitau aku laju-laju. :)
pss : Jangan lupa ajak kawan-kawan, adik kakak puasa sunat. InsyaAllah kita pun akan dapat pahala extra kalau dorang puasa jugak.

Ciri Isteri Solehah Yang Dicari

Friday, 19 October 2012

sebenarnya menjadi seorang isteri lebih mudah untuk mendapatkan keredhaan dan ganjaran di sisi Allah sekiranya seorang perempuan yang berstatus isteri benar-benar menjalankan tanggungjawab dan peranannya dalam keluarga. Menjadi isteri menuntut waktu kerja 24jam sehari dan 7 hari seminggu.
.
Mana mungkin tugas berat ini diletakkan pada bahu seorang suami. Oleh sebab itu sebagai isteri perlu tahu bagaimana cara untuk menjadi seorang wanita yang menjadi dambaan suami, kerana bidang tugas seorang isteri sebenarnya lebih besar berbanding lelaki walau isteri tidak mendapat kuasa veto dalam keluarga.
Sebagai seorang suami, ciri-ciri di bawah ini akan menjadikan anda wahai isteri-isteri, seorang yang bakal disayangi sepenuhnya oleh suami. Tetapi dengan syarat anda mesti cuba untuk menjadikannya kenyataan.
1. Isteri yang cerdik
Dengan erti kata bukan cerdik dari sudut akademik. Gulungan ijazah bukanlah kejayaan yang perlu anda tonjolkan untuk menjadi isteri dambaan suami. Isteri yang cerdik akan benar-benar mengenali siapakah suaminya, tahu bagaimana mengambil hati suami di waktu sedih, pandai
mengangkat suami di pandangan orang lain, tidak hanya merajuk untuk mendapat perhatian dari suami. Wahai isteri-isteri anda sebenarnya mampu lakukan ini!
.
2.’Assistant’ dalam pengurusan kewangan keluarga
Jangan menjadi seorang isteri yang hobinya suka shopping. Anda sebenarnya mula memeningkan suami. Lebih-lebih lagi bajet kewangan suami anda adalah di luar kemampuannya. Sebagai seorang isteri andalah yang menjadi pembantu dalam perancangan ekonomi keluarga. Anda mungkin membantu jika anda juga bekerja. Tetapi bagaimana jika anda suri rumah sepenuh masa? Jika anda tidak berkemampuan untuk membantu meningkatkan ekonomi keluarga, biarlah sekurang-kurangnya anda menjadi pengurus yang bijak terhadap bajet bulanan yang diberikan oleh suami anda.
.
3. Manager dalam segala hal
Suami diberikan kuasa untuk memimpin kerana suami lebih rasional dalam membuat keputusan. Tetapi tidak dapat menguruskan semua perkara tanpa adanya isteri. Maka andalah wahai isteri-isteri yang perlu menjadi ‘manager’. Makan pakai suami, anak-anak, kebersihan rumah, perbelanjaan rumah dan perkara-perkara kecil yang diperlukan dalam kehidupan berkeluarga tidak akan dapat diuruskan tanpa bantuan isteri. Anda perlu mula memahami hakikat ini kerana sekiranya anda mampu menguruskan semuanya dengan cekap dan baik maka sudah pasti apabila suami anda pulang dari bekerja, beliau akan memberikan senyuman yang sempurna kerana menghargai anda.
.
4. Selalu di belakang suami
Ramai isteri mengharapkan suami berada selalu di samping mereka. Tetapi mereka terlupa bahawa ramai suami lari dari isteri kerana isteri mereka tidak pernah berada di belakang mereka. Seorang isteri perlu menjadi penenang kepada suami, berikan suami kata-kata semangat dan pelukan di saat emosi mereka jatuh. Sekiranya anda mampu berbuat demikian, percayalah bahawa tidak akan ada wanita lain di mata suami anda. Berikan sokongan dan galakan walaupun mungkin ada perbezaan pada minat dan hobi anda berdua.
.
5. Menjaga perut suami dan anak-anak
Yang ini seharusnya seorang isteri tidak dapat tidak mesti tahu memasak. Bahkan kalau mahukan kasih sayang lebih dari suami kena tahu apa masakan kegemaran suami. Walaupun mungkin masakan anda tidak sehebat masakan chef, tetapi hakikatnya suami tetap mahukan air tangan isterinya dalam menyediakan makanan. Tangan seorang isteri sudah tentu bukan sahaja menyediakan yang terbaik dalam menu untuk keluarganya, tetapi juga sudah pasti isteri yang hebat akan berdoa untuk setiap usaha menyediakan makan minum suaminya.
.
6. Pandai jaga diri
Isteri perlu pandai jaga diri dan famili. Maklumlah mungkin ada ketikanya suami ‘out station’ kerana berkursus atau atas urusan kerja yang lain. Maka sudah tentu isteri yang pandai jaga diri dan famili akan memberikan kelegaan di hati suami.
.
7. Perunding imej
Kalau suami anda nampak hensem di pejabat, sebenarnya isterilah yang mendapat pujian. Terutama di pandangan mata orang-orang tua. Sebab itu isteri perlu tahu menjaga imej suami. Bila digelar sebagai perunding imej suami, maka isteri juga perlu lebih-lebih lagi pandai mengurus
imej diri. Jangan hanya nampak cantik ketika berada di luar rumah, sedangkan ketika di rumah baju T-shirt dan kain batik menjadi pakaian utama. Cuba ubah situasi ini jika anda ingin menjadi isteri dambaan suami anda.
.
8. Menjaga keluarga mertua
Tidak dapat tidak untuk menjadi isteri dambaan suami, jangan hanya menyayangi suami anda akan akan bahagia. Anda perlu menjaga hati semua ahli keluarga sebelah suami anda. Percayalah anda benar-benar menjadi dambaan suami apabila anda mengambil berat tentang sakit demam mertua anda. Anda menjaga mertua anda seperti ibu kandung sendiri. Kerana itu semua akan membuatkan suami anda rasa dihargai dan menerima dirinya dan keluarganya.

I wAnT bE a dOCtoR!!!!

My Future Doctor AMREENA (right)

can u see her face.....hahahaha...very cute n full of confident...i like her....nama dy AMREENA Rosyada..cita2 nk jadi seorg doctor..so sweet so funny n her smile make the others smile... when i ask her...

me: kenape u nk jadi doctor???
she: sebab i suka bau ubat2..bau hosptal..i boleh jumpa ramai orang..and i nak jadi pakar sakit puan, i nak tolong org perempuan islam...
me:  (smiling) sejak bile u nk jadi doctor??
she: start darjah dua...hahahaha

 when i heard that....how big her ambition....sekarang nie kan ramai doctor pakar sakit perempuan ramai daripada doctor lelaki....as a muslimah, mesti mereka segan nak berjumpa dengan doctor lelaki berkaitan dengan masalah perempuan...btul kan...so sepatutnya ramai doctor perempuan yang ambil bidang ini...
im always support her...i am confident that she will achieve her ambition...because she try her best and never give up to achieve it....


p3NsiL & p3MaDam

Thursday, 18 October 2012
PENSEL : Saya minta maaf...

PEMADAM : Untuk apa?Awak tak buat salah pun dengan saya...

PENSEL : Saya minta maaf disebabkan saya,awak cedera...Setiap kali saya buat silap,awak pasti berada disitu untuk membetulkan kesilapan saya...Tapi setiap kali awak memadamkan kesilapan saya,awak kehilangan sebahagiaan dari diri awak,awak menjadi semakin kecil...

PEMADAM : Takpe,saya langsung tidak kisah tent
angnya kerana... saya dibuat untuk membetulkan kesilapan yang awak dah buat...Walaupun suatu hari nanti saya tahu bahawa saya pasti akan hilang,saya bangga dengan kerja saya ni...Jadi jangan la risau uke..sya ttap disini bantu awak btulkan apew yg tdak baik smpaila tiba wktu sya...

PENSEL : trima kasih awak...sya xkan lupakan jsa awak biarpwn awak hilang dri mata sya..

PEMADAM :insyaallah awak, sya bngga dpt bantu awak:) 

RAYA AIDILFITRI 2012

Friday, 31 August 2012

Assalamualaikum....rasenyer masih belom terlambat lagi untuk saya mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN...alhamdulillah...syukur kepada Ilahi kerana memberi kita peluang untuk menyambut hari kemengangan kita selepas sebulan kita berperang dengan nafsu dengan berpuasa....bulan RAMADHAN telah meninggalkan kita sekali lagi..bulan yang penuh dengan kerahmatan dan keampunan telah kita lalui...insyaallah...setiap dari kita telah menyempurnakan puasa kita pada tahun ini...dan saya berharap kita semua akan bertemu lagi dengan bulan yang mulia ini....AMIN



tiga hari sebelom raya saya telah pulang ke kampung....tidak la jauh dan tidak la begitu dekat...perjalannan mengambil masa 6 jam daripada KL central...bersendirian dan amat membosankan...warga kota mula bertolak pulang ke kampung halaman....KTMB yg pada biasanya lengang, pada malam itu penuh dan sarat dengan warga kota..tidak kira bangsa...melayu, cina, dan india beratur membeli tiket dan ada daripada mereka sudah tertidur kerana keletihan menunggu train...sambil menunggu train..wajah2 keluarga mula terbayang di kepala...lama sudah x berjumpa...walaupun x terlalu berjauhan tetapi rindu kepada mereka tetap ada pada diri ini.."agak2 nya adik aku dah sampai rumah nie"... seronok nyer




MALAM RAYE.....menjadi tradisi KAMPUNG TALANG MASJID, PERAK...pada setiap malam raya setiap tahun...dyorg semua mengadakan festival atau tradisi pajut dan meriam...meriam yg biasenyer dikampung kampung lain dibuat daripada buluh tetapi berlainnan dengn yg ini...ia diperbuat daripada besi dan kongkrik...bunyinyer amat dasyat.....kalau mahu tau lebih lanjut boleh la datang ke kampung saya pada malam raya....suasana amat meriah dengan kehadiran warga kota yg tidak penah menyaksikan meriam...suasana disitu bagaikan berada di tengah2 peperangan..kerana setiap kampung mempunyai meriam masing masih..dan mempunyai kekuatan bunyi meriam yang tersendiri....boleh cuba jika mahu...


HARI RAYA PERTAMA







IBU EMAK MAMI UMI.... I LOVE U

Thursday, 30 August 2012
Orang kata aku lahir dari rahim mak!
(Bukan Org kata, memang betul)

Bila dahaga , yang susukan aku . Mak .
Bila lapar , yang suapkan aku , Mak .
Bila keseOrangan , yang sentiasa di sampingku , Mak .
Kata mak , perkataan pertama yang aku sebut , Mak .
Bila bangun tidur, aku cari , Mak .
Bila nangis , Orang pertama yang datang , Mak .
Bila nak bermanja, aku dekati , Mak .
Bila nak bergesel , aku duduk sebelah , Mak .
Bila sedih , yang bOleh memujukku hanya , Mak .
Bila nakal , yang memarahi aku , Mak .
Bila merajuk , yang memujukku cuma , Mak .
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah ,
Mak .





Bila takut , yang tenangkan aku , Mak .
Bila nak peluk , yang aku suka peluk , Mak .
Aku selalu teringatkan , Mak .
Bila sedih , aku mesti telefOn , Mak .
Bila serOnOk , Orang pertama aku nak beritahhu , Mak .
Bila bengang , aku suka luah pada , Mak .
Bila takut , aku selalu panggil , " Mmaaakkkk ! "
Bila sakit , Orang paling risau adalah , Mak .
Bila nak exam , Orang paling sibuk juga , Mak .
Bila buat hal , yang marah aku dulu , Mak .
Bila ada masalah , yang paling risau , Mak .
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni , Mak .
Yang selalu masak makanan kegemaranku , Mak .
kalau balik ke kampung , yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk , Mak .
Yang selalu simpan dan kemaskan barang barang aku , Mak .
Yang selalu berleter kat aku , Mak .
Yang selalu puji aku , Mak .
Yang selalu nasihat aku , Mak .

Bila nak kahwin , Orang pertama aku tunjuk dan rujuk , Mak .

Aku ada pasangan hidup sendiri .

Bila serOnOk , aku cari , Pasanganku .
Bila sedih , aku cari , Mak .
Bila berjaya , aku ceritakan pada , Pasanganku .
Bila gagal , aku ceritakan pada , Mak .
Bila bahagia , aku peluk erat , Pasanganku .
Bila berduka , aku peluk erat , Emakku .
Bila nak bercuti , aku bawa , Pasanganku .
Bila sibuk , aku hantar anak ke rumah , Mak .
Bila sambut valentine , Aku bagi hadiah pada Pasanganku !
Bila sambut hari ibu , aku cuma dapat ucapkan “ Selamat Hari Ibu ” !
Selalu , Aku ingat pasanganku !
Selalu , Mak ingat kat aku !
Bila-bila , Aku akan telefOn pasanganku !
Entah bila , aku nak telefOn mak !
Selalu , aku belikan hadiah untuk pasanganku !
Entah bila , aku nak belikan hadiah untuk emak !

Renungkan :

" Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja , bOlehkah kau kirim wang untuk mak

" Mak bukan nak banyak , lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah . "

Berderai air mata jika kita mendengarnya .

Tapi kalau mak sudah tiada .

" MAKKKKK ! RINDU MAK ! RINDU SANGAT ! "

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya !
Berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya !
Berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya !
Berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya !
Berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya !
Berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya !
Dan akhir sekali berapa ramai yang mengimamkan solat JENAZAH ibunya !





Pembukaan Kota Costantinople....

Wednesday, 25 July 2012

Assalamualaikum....kali nie selepas solat tarawih saya mendengar tazkirah tentang pembukaan kota Istanbul..kisah yang tercatat dalam sejarah dunia...pembukaan kota yang selama ini teguh dan kukuh pertahanannya...kalau nk disamakan dengan pertahanan pada zaman sekarang kota Istanbul  bagaikan pertahanan America Syarikat...disitu kita boleh lihat bertapa hebat tentera Islam pada zaman itu dapat menembusi pertahanan yang sangat ketat...disini saya ingin share tentang pembukaan kota Istanbul...selamat membaca.... 


Istanbul atau Costantinople yang diasaskan oleh Costantine I pada tahun 330M merupakan salah sebuah bandar utama dunia dan pernah menjadi ibu negara bagi Empayar Byzantine. 

Kota ini dikelilingi dengan lautan dari tiga penjuru iaitu Selat Bhosphore, Laut Marmara dan Perairan Tanjung Emas (Golden Horn) . Dari kedudukan yang strategik ini, telah menjadikan kota ini amat istimewa kepada umat islam. 


Usaha untuk menawan kota ini telah dimulakan sejak tahun 44H iaitu di zaman Muawiyah bin Abi Sufian RA., kemudian diteruskan oleh Khalifah Sulaiman bin Abdul Malik pada tahun 98H dan Khalifah Harun Ar-Rasyid pada tahun 190H. Namun kesemua usaha ini telah menemui jalan buntu.


Sahabat nabi, Abu Ayyub Al-Ansari pernah menyertai misi ini namun beliau telah syahid dan dikebumikan di pinggir kota berkenaan. 

Selepas kejatuhan Kerajaan Bani Abbasiah pada tahun 656H, usaha menawan Costantinople diteruskan oleh Kerajaan Seljuk. Di awal kurun ke-8 hijrah Daulah Othmaniyyah telah mengadakan persepakatan bersama Seljuk Rum untuk menawan Costantinople. Hasilnya, Sultan Yildrim Beyazid telah berjaya mengepung kota itu pada tahun 796H / 1393M.

Namun dengan kedatangan bantuan dari Eropah dan serangan tentera Mongol di bawah pimpinan Timurlank ke atas Daulah Othmaniyyah telah memaksa Sultan Beyazid menarik balik tenteranya. Dalam peperangan itu, Sultan Beyazid telah ditawan dan meninggal dunia pada tahun 1402M. Usaha seterusnya disambung oleh Sultan Murad II (824-863H / 1421-1451M). 



Sultan Muhammad Al Fatih dan pembukaan Kota Costantinople 


Sultan Muhammad Al-Fatih,adalah putera kepada Sultan Murad II merupakan sultan ke-7 Daulah Othmaniyyah. Semenjak kecil, Sultan Muhammad Al-Fatih telah meneliti dan meninjau usaha ayahnya menawan Costantinople. Beliau telah menaiki takhta pada tahun 855H / 1451M.

Sultan Muhammad Al-Fatih telah ditarbiah secara intensif Asy-Syeikh Muhammad bin Ismail Al-Kurani dan Asy-Syeikh Ak Samsettin (Syamsuddin) iaitu ulamak terulung di zamannya

Beliau telah membina Kota Rumeli (Rumeli Hisari) di tebing Eropah Selat Bosphorus iaitu di bahagian tersempit antara tebing Asia dan Eropah. Kota yang berhadapan dengan kota binaan Sultan Beyazid di sebelah tebing Asia ini, telah berjaya mengawal lalu lintas di selat tersebut. 

Sultan Muhammad Al-Fatih juga berusaha untuk mempertingkatkan kelengkapan tenteranya dengan menyediakan kira-kira 400 buah kapal laut dan mendapatkan khidmat pakar membina meriam bernama Orban. 

Selain daripada itu, Sultan Muhammad Al-Fatih telah mengadakan perjanjian dengan musuh-musuh Kerajaan Byzantine. Perkembangan ini sangat membimbangkan Maharaja Byzantine. 

Keazaman yang begitu kuat pada diri Sultan Muhammad Al-Fatih telah mendorong Maharaja Byzantine berusaha mendapatkan pertolongan daripada 
negara-negara Eropah yang berfahaman Katholik. Atas dasar bermuka-muka demi mengekalkan kuasanya, Maharaja Byzantine dalam khutbahnya di Gereja Aya Sofya telah bersetuju untuk menukarkan mazhab di Costantinople daripada Orthodoks kepada Katholik. Langkah beraniMaharaja Byzantine ini telah mendapat kecaman hebat daripada seluruh penduduk Costantinople.

Selepas melalui proses persiapan yang teliti, akhirnya Sultan Muhammad Al-Fatih telah tiba di hadapan kota Costantinople pada hari Khamis 26 Rabiul Awal 857H bersamaan 6 April 1453M. Di hadapan tentera yang berjumlah 250 ribu, Al-Fatih telah menyampaikan khutbah yang mengingatkan para mujahid tentang kelebihan jihad, kepentingan memuliakan niat dan harapan kemenangan di hadapan Allah SWT dsb.

Beliau juga membacakan ayat-ayat Al-Quran mengenainya serta hadith Nabi SAW tentang pembukaan kota Costantinople. Ini semua memberikan kesan semangat yang tinggi dan jitu pada bala tentera itu.

Keesokan harinya, Sultan Muhammad Al-Fatih telah menyusun dan membahagikan tenteranya kepada tiga kumpulan iaitu kumpulan yang bertugas mengawal kota yang mengelilingi Costantinople, kumpulan utama itu adalah tentera simpanan yang bertugas menyokong tentera utama di hadapan. Meriam Diraja telah dihalakan ke pintu Topkapi. Pasukan pengawal juga diletakkan di beberapa kawasan strategik seperti kawasan-kawasan bukit di sekitar Kota Byzantine itu. Kapal-kapal laut Othmaniyyah juga diletakkan di sekitar perairan yang mengelilingi Costantinople.

Sultan Muhammad Al-Fatih telah menyusun dan membahagikan tenteranya kepada tiga kumpulan iaitu
1. kumpulan yang bertugas didaratan yang mengawal kota yang mengelilingi Costantinople,2. kumpulan yang diletakkan di beberapa kawasan strategik seperti kawasan-kawasan bukit di sekitar Kota Byzantine3. kumpulan yang diletakkan di sekitar perairan yang mengelilingi Costantinople

Semenjak hari pertama serangan, tentera Byzantine telah berusaha keras menghalang tentera Othmaniyyah daripada merapati pintu-pintu masuk kota mereka. Tetapi serangan strategik tentera Islam telah berjaya mematahkan halangan itu, ditambah pula dengan serangan meriam dari pelbagai sudut. Bunyi meriam itu telah menimbulkan rasa takut yang amat sangat kepada penduduk Costantinople sehingga menjejaskan semangat mereka untuk bertahan.

Pada 18 April 1453M, pasukan penyerang Othmaniyyah telah berjaya memecah tembok Byzantine di Lembah Lycos yang terletak di sebelah barat kota. Tentera Byzantine telah berusaha sedaya upayanya untuk mempertahankan kota dari serangan itu. Pertempuran sengit berlaku bersama iringan hujan anak panah yang amat dahsyat.

Pada hari yang sama, beberapa buah kapal laut Othmaniyyah telah cuba merempuh rantai besi di Tanjung Emas. Akan tetapi, gabungan tentera laut Byzantine dan Eropah telah berjaya menangkis serangan itu.

Kegagalan serangan tersebut telah memberikan kesan yang besar kepada tentera Othmaniyyah. Sultan Muhammad Al-Fatih telah menemui satu kaedah luar biasa untuk membawa masuk kapalnya ke perairan Tanjung Emas. Beliau telah menyarankan kepada tenteranya supaya membawa kapal-kapal masuk ke perairan Tanjung Emas melalui jalan darat. Malam itu juga, tentera Othmaniyyah dengan semangat dan kekuatan luar biasa telah berjaya menarik 70 kapal dari pantai Besiktas ke Galata melalui bukit yang begitu tinggi dengan jarak melebihi 3 batu!.

Pagi 22 April itu, penduduk Costantinople dikejutkan dengan laungan takbir dan nasyid para mujahidin di Tanjung Emas. Dengan kedudukan tentera Othmaniyyah yang sudah semakin mantap, Sultan Muhammad Al-Fatih telah melancarkan serangan besar-besaran ke benteng terakhir Byzantine. Tembakan meriam telah berjaya memusnahkan sebuah kapal dagang di Tanjung Emas hingga menyebabkan tentera Eropah yang lain lari ketakutan. Semenjak kejayaan kapal mujahiden memasuki perairan Tanjung Emas, serangan dilancarkan siang dan malam tanpa henti.

Kecintaan Sultan Muhammad Al-Fatih kepada Costantinople yang dijanjikan oleh Rasulullah SAW, mendorong beliau untuk terus berusaha memelihara kota ini dari kemusnahan. Untuk itu beliau telah meminta Costantine menyerahkan Costantinople secara aman. Namun begitu Costantine tetap berdegil dan memilih jalan untuk berperang.

Tepat jam 1 pagi hari Selasa 20 Jamadil Awal 857H / 29 Mei 1453M, serangan utama dilancarkan. Para mujahidin diperintahkan supaya meninggikan suara takbir kalimah tauhid sambil menyerang kota. Penduduk Costantinople telah berada di kemuncak ketakutan mereka pada pagi itu. Mujahidin yang sememangnya menginginkan syahid, begitu berani menyerbu tentera salib di kota itu.

Tentera Othmaniyyah akhirnya berjaya menembusi kota Costantinople melalui Pintu Edirne dan mereka telah mengibarkan bendera Daulah Othmaniyyah di puncak kota.
Sultan Muhammad Al-Fatih kemudiannya menuju ke Gereja Aya Sofya dan mendapati sebahagian besar penduduk kota berkenaan berlindung didalamnya dalam keadaan ketakutan. Sultan Muhammad Al-Fatih meminta salah seorang paderi supaya menenangkan sekalian mereka yang ada. Dengan toleransi Al-Fatih, ramai yang keluar dari tempat persembunyian masing-masing bahkan ada di kalangan paderi yang terus menyatakan keislaman mereka.

Selepas itu, Sultan Muhammad Al-Fatih mengarahkan supaya Gereja Aya Sofya ditukar menjadi masjid. Sultan Muhammad Al-Fatih telah mendirikan solat Jumaat yang pertama bersama para muslimin di Masjid Aya Sofya. dan Khutbah Jumaatnya telah disampaikan oleh Asy-Syeikh Ak Semsettin.





Nama Costantinople kemudiannya ditukar kepada "Islam Bol", yang bermaksud "Bandar Islam" dan kemudiannya dijadikan sebagai ibu negara ketiga Khilafah Othmaniyyah selepas Bursa dan Edirne . Kekallah bumi yang mulia itu sebagai pusat pemerintahan, ketamadunan, keilmuan dan keagungan Islam berkurun lamanya sehingga Sultan Abdul Hamid 2 khalifah terakhir Daulah Othmaniyyah digulingkan pada tahun 1924M


i Love This Song...

Tuesday, 24 July 2012

Assalamualaikum....i want to ask, if u have heard about Raef??if u not..i want to share about him...4 me he was very creative and have nice voice..before this i always heard just Maher Zain only...now we have new artis in Nashid music..i like his song..very meaningful and i like acoustic music..here some biodata  about him...that all thnx 4 read....assalamualikum...

Born in Washington D.C. and raised in Maryland, Raef is a singer-songwriter known for his rich lyricism and acoustic sound. Blending American folk-rock musicality with Eastern melodic patterns, Raef’s music moves seamlessly between commercially accessible rock songs; with pop hooks, bright imagery, and optimistic messages; to introspective folk songs, rich in metaphors and poetic imagery.
With the heart of a teacher, the sensitivity of a poet, the perspective of a traveler, and the spirit of a rock 'n roller, Raef’s music expands the narrow category of “religious music” (nasheed) with songs that transcend one-dimensional spiritual themes— reflecting instead on the greater human search for inspiration and purpose.
"Raef believes that true, pure, and sincere music can transcend the realm of “entertainment,” distraction, and desensitization, to expand the human psyche, open new doors of wonder, deepen spiritual insight and most importantly, provide the soundtrack for the human journey towards the Divine."

Renungan Di Bulan RAMADHAN....

Maksud hadis: Dari Ka’ab Bin ‘Ujrah (ra) katanya: Rasulullah S.A.W bersabda: Berhimpunlah kamu sekalian dekat dengan mimbar. Maka kamipun berhimpun. Lalu beliau menaiki anak tangga mimbar, beliau berkata: Amin. Ketika naik ke anak tangga kedua, beliau berkata lagi: Amin. Dan ketika menaiki anak tangga ketiga, beliau berkata lagi: Amin. Dan ketika beliau turun (dari mimbar) kamipun bertanya: Ya Rasulullah, kami telah mendengar sesuatu dari tuan pada hari ini yang kami belum pernah mendengarnya sebelum ini. Lalu baginda menjawab: “Sesungguhnya Jibrail (as) telah membisikkan (doa) kepadaku, katanya: Celakalah orang yang mendapati bulan Ramadhan tetapi dosanya tidak juga diampuni. Lalu aku pun mengaminkan doa tersebut. Ketika aku naik ke anak tangga kedua, dia berkata lagi: Celakalah orang yang (apabila) disebut namamu di sisinya tetapi dia tidak menyambutnya dengan salawat ke atasmu. Lalu aku pun mengaminkannya. Dan ketika aku naik ke anak tangga yang ketiga, dia berkata lagi: Celakalah orang yang mendapati ibubapanya yang sudah tua atau salah seorang daripadanya, namun mereka tidak memasukkan dia ke dalam surga. Lalu aku pun mengaminkannya.
Assalamulaikum....saya ingin berkongsi sedikit tentang hadis diatas..apabila kita membacanya adakah kita merasakan sesuatu???rasa gerun atau rasa rugi???masyaallah...di bulan RAMADHAN ini...bulan yang penuh dengan keistimewaan yang diberi oleh ALLAH kepada kita..kita sama2 muhasabah diri..hadis ini saya bru sahaja saya dengar setelah solat tarawih sebentar tadi...saya ingin menekankan dalam hadis ini RASULULLAH SAW mengaminkan doa JIBRAIL AS iaitu  Celakalah orang yang mendapati bulan Ramadhan tetapi dosanya tidak juga diampuni...masyaallah...sesungguhnya bulan RAMADHAN penuh dengan pengampuan daripada ALLAH SWT..maka sesiapa yang tidak mendapat pengampunan itu merupakan orang yang rugi...mengapa??kerana dalam setahun bulan inilah bulan yang memberi ganjaran pahala yang berlipat kali ganda...org yg mengerjakan perkara sunat boleh mendapat pahala yang sama dengan orang yang mengerjakan perkara wajib di bulan biasa...begitu juga orang yang melakukan perkara yang wajib pahalanya berlipat kali ganda...masyaallah...untung nya mereka yang selalu nengerjakan perkara sunat dan perkara wajib...di bulan RAMADHAN ini juga barang siapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa...ALLAH memberi ganjaran pahala walaupun seteguk air atau sehirup susu..masyaallah..MAHA SUCI ALLAH...bersama2 kira beramal di bulan RAMADHAN ini



Ayah...plzz

“ Along , tukar baju tu .. kan tak sesuai baju tu.. Ketat sana sini baju tu.. Iskh.. Dah , tukar tukar .. “

“ Ala yah , boleh laa... Malam ni jer .. Pls plsss ayah .. “

“ Ayah tak kisah sebenarnya .. Kalau kamu nak keluar ketat gitu , nak lagi ketat pon ayah tak kisah .. Cuma ayah tak nak nanti kat akhirat , kamu jawab kat Allah yang ayah tak jaga kamu masa kamu di bawah tanggungan ayah .. Haaa..Kamu berani jamin ke kamu takkan jawab gitu ? “

“ Gini je la .. ayah benarkan kamu pakai ketat macam ni .. Tapi kamu kamu kena mintak izin dari Allah .. Cuba bukak kitab Al-Quran tu dan cari dalam tu kot kot ada tulis dibenarkan wanita Islam berpakaian begini .. Kalau jumpa , tunjuk kat ayah.. Hari hari ayah benarkan kamu berpakaian gini .. ok ? Setuju ? “

“ Er .. ayah je la carikan .. “

“ Eh , apa lak.. ayah mmg dah jumpa.. Takde tulis dalam Al-Quran kata wanita Islam boleh pakai ketat cam hantu bungkus ni .. Kot la ayah ada terlepas pandang .. Kamu kan lebih pandai dari ayah .. Sekolah sampai universiti .. Haa… cepat cari.. “

“ Yelaahh.. saya tukar je la… Iskh..susah la ayah ni .. “

“ Kamu marah ayah ke marah kat Allah ? “

“ Erk.. “



"Sesiapa yang memancing kemarahan ibu bapanya bererti dia memancing kemurkaan Allah dan sesiapa yang menyukakan hati ibu bapanya bererti dia membuat Allah redha kepadanya." (Riwayat Baihaqi)

"Dan TuhanMu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah antara keduanya atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun "Uh", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (bersopan santun)." (Al-isra' :23)

Dugaan Di Bulan RAMADHAN..

Monday, 23 July 2012
Assalamualaikum...alhamdulillah..sempurna sudah puaseku pada hari ketiga dibulan yang penuh barakah ini...syukur....bulan puase kalau x der dugaan msti x sah...bulan nie walaupun x der syaitan..kerana diikat pada bulan RAMADHAN..tetapi banyak dugaan...media penuh rancangn2 yg x bermanfaat dan mendatangkan dosa...

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim..
tetapkanlah iman kami..
kuatkan lah hati kami..
untuk menghadapi Dunia penuh cabaran dan dugaan ini..Amiin ya Rabb al'alamin...

Snail Mail..

Assalamualaikum....sapa yang masih ingat pasal surat menyurat???kalau korang semua penah tengok drama2 melayu yg dulu2...pasti penah saksikan apabila nk bertanyer khabar...mereka antar surat...ayat dalam surat pown semua skema2 je....contoh nyer.....
kehadapan adinda yang dikasihi,
adakah adinda sihat? lama sudah kekanda tidak mendengar berita daripada andinda. kekanda harap adinda sihat sahaja.
tengok...skema giler..hahaha...korng mesti x wat dah cm 2 kan...zaman sekarang nie..semua dihujung jari je..x der orang yang nak tulis cm 2 dah....lagi pown surat menyurat nie memakan masa yang lama..aku dulu penah anta surat kat member aku kat kelantan..tp x der la wat ayat cm 2..memang lame la kwn ak tunggu nak dpt surat 2..time 2 mana ada internet agi. aku pown buta IT ag..handset pown x der. so kalau nk berhubung ngn kwn yg jauh 2 kne la pakai surat, x pon kad..


which communication more effective sending Email or snail mail...nie tajuk assignment yg baru...kne wat presentation lak 2...aduhai..semua orang tau email is the best way 2 communication..lebih pantas, lebih senang digunakan, dan jimat kos...ye la kalau nk menyurat..mesti ada kertas, mesti beli setem n sampul surat..kalau pakai email just tulis email n send je..2 je mmg mudah dan effective..

ZIONIS & FREEMASON part 4

Sunday, 22 July 2012

Agenda Zionis Dalam Globalisasi Sosial

Termasuk dalam globalisasi sosial ini ialah globalisasi kebudayaan dan globalisasi agama. Globalisasi kebudayaan bermaksud suatu bangsa memaksa bangsa lain menerima kebudayaan mereka. Dalam konteks ini, AS memaksa negara lain baik di Timur maupun Barat menerima budaya dan cara hidup mereka. Alat yang digunakan ialah media samada media cetak atau elektronik.

Globalisasi ini menginginkan kita mengharamkan yang halal dan menghalalkan yang diharamkan Allah s.w.t, ia menyebarkan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan, seterusnya membudayakan perzinaan yang dikutuk Allah s.w.t. Tidak cukup dengan itu, ia membolehkan lelaki mengahwini lelaki dan begitu juga sebaliknya. Globalisasi ini juga membolehkan perempuan yang mengandung hasil persetubuhan haram menggugurkan kandungan mereka kerana mereka beranggapan bahawa perempuan itu bebas melakukan apa saja terhadap tubuhnya.

Kebudayaan global juga mengajak kita mengikut jejak langkah Yahudi dan Nasrani dari yang sekecilnya hinggalah sebesar-besarnya. Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Said al-Khudri bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

Kamu pasti akan mengikut sunnah orang yang sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta hingga kalau mereka masuk ke dalam lubang biawak sekalipun nescaya kamu akan mengikutnya. Kami berkata: Ya Rasulullah! Yahudi dan Nasrani? Baginda menjawab: “Siapa lagi? (Hadis Riwayat Muslim)

Allah s.w.t juga membuat suatu penegasan bahawa Yahudi dan Nasrani tidak akan sekali-kali berkompromi dengan Nabi Muhammad s.a.w. dan seluruh kaum muslimin sehingga kita mengikut telunjuk mereka. Allah s.w.t telah menegaskan dalam firmanNya yang bermaksud:

“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah kepada mereka: “Sesungguhnya petunjuk Allah (Islam) itulah petunjuk yang benar”. Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu”. (Surah al-Baqarah: 120)
Kebudayaan global juga menuntut kita mengiktiraf secara rasmi akan kewujudan Negara Israel padahal ia adalah musuh yang merampas bumi kita (Palestin). Kebudayaan global mahukan supaya kita supaya mengakui bahawa semua yang telah dirampasnya adalah miliknya dan sesiapa yang menentangnya dilabelkan sebagai pengganas. Kebudayaan global menjadikan kita kehilangan harga diri dengan menyeru kita supaya melupakan sejarah lalu mengajak kita berdamai sedangkan merekalah yang menghancurkan perdamaian itu. Kita dilarang membaca sejarah yang membangkitkan ruh jihad untuk melawan Israel kerana ini bertentangan dengan konsep perdamaian bahkan kebudayaan global ini menyeru kita agar menguburkan istilah “Tanah Arab” atau “Negara Islam” dan cukuplah dengan “Timur Tengah”.

Kebudayaan global juga menenggelamkan sastera dan bahasa kita iaitu bahasa Arab yang merupakan bahasa al-Qur’an tetapi mempopularkan bahasa Inggeris sebagai bahasa dunia. Mempelajari bahasa lain tidak salah bahkan sangat digalakkan tetapi janganlah sampai mengorbankan bahasa ibunda.

Kebudayaan global juga menuntut kita mempercayai kisah Israiliyat moden tentang pengorbanan atau Holocaust yang dijalankan oleh Nazi atas perintah Hitler di mana dalam peristiwa tersebut seramai enam juta orang Yahudi telah dibunuh. Sejarawan harus menerima peristiwa ini sebagai suatu fakta sejarah dan sesiapa yang meraguinya telah melakukan dosa besar dan harus diadili secara terbuka dan diperangi secara senyap. Inilah yang berlaku terhadap seorang Sejarawan Inggeris, Prof. David Irvink yang telah disiksa oleh pihak Mahkamah Tinggi Inggeris kerana meragui kisah tersebut dalam pertemuan mingguannya di rancangan TV al-Jazirah.

Menurut Dr. Yusof al-Qaradawi lagi, bahaya globalisasi kebudayaan lebih hebat dari globalisasi ekonomi kerana globalisasi ini mencetuskan globalisasi ekonomi. Umat Islam hanya dapat melawan globalisasi kebudayaan ini dengan kekuatan iman dan akhlak serta sentiasa meminta petunjuk daripada Allah s.w.t supaya sentiasa berada di atas jalan yang lurus (siratal mustaqim). Jika kita tidak memperkukuhkan keimanan kita, maka kita akan menjadi korban kebudayaan Barat dengan menjadi pengguna barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Barat khususnya AS.

Di antara bahaya terbesar dari globalisasi kebudayaan adalah merosakkan wanita-wanita muslimah sedangkan wanita merupakan benteng terakhir umat ketika negara menyimpang dari landasan kebenaran. Wanita adalah tiang keluarga. Oleh kerana itu, sasaran pertama dan sekaligus terakhir dari globalisasi ialah meruntuhkan institusi keluarga kerana apabila hancur institusi keluarga, maka porak-porandalah masyarakat dan seterusnya negara juga akan rosak binasa. Begitulah liciknya perancangan globalisasi dan wajarlah Al-Qaradawi meletakkannya di tempat pertama dalam senarai kerosakan yang diakibatkan oleh globalisasi.

Satu lagi aspek dalam globalisasi sosial ialah globalisasi agama. Globalisasi agama bergerak melalui penyebaran agama atau lebih tegas lagi disebut “Kristianisasi Dunia” yang merupakan agenda gereja kristian baik Katolik mahupun Protestan. Pada masa lalu, pihak Barat melancarkan penjajahan agama setelah berhasil menjajah sesebuah negara melalui kekuatan ketenteraan. Tetapi kini mereka melancarkan imperialisme agama tanpa perlu menggunakan kekuatan ketenteraan. Contohnya, di Indonesia mereka merancang dalam masa 50 tahun lagi negara itu akan menjadi negara Kristian. Tetapi alhamdulillah dengan adanya pendakwah Islam seperti Muhamad Natsir dan sebagainya berjaya menghentikan gerakan itu walaupun di setengah wilayah mereka berjaya mencapai cita-cita mereka seperti di Timor Timur.

Pada tahun 1977, para missionary berkumpul di sebuah kota di Switzerland untuk membincangkan tentang kristianisasi dunia. Setahun selepas itu, para missionary AS berkumpul di Colorado, AS untuk membicarakan langkah-langkah terbaru bagi gerakan ini. Hasil pertemuan itu mereka menubuhkan satu lembaga yang dinamakan Lembaga Zwimmer bertujuan mengumpul dana bagi membiayai projek ini. Sebanyak satu juta dolar berjaya dikumpulkan. Bagi menangani masalah ini, Dr. Yusuf al-Qaradawi dan rakan-rakannya menubuhkan Hai’ah Khairiyah Islamiyah ‘Alamiyah (Lembaga Kebajikan Islam Antarabangsa) di Kuwait yang di antara tujuannya ialah bukan untuk melancarkan Islamisasi dunia tetapi untuk mengumpul dana dari umat Islam serata dunia bagi melindungi Islam dari bahaya gerakan kristianisasi dan seumpamanya. Cara yang dilakukan ialah melaburkan dana itu ke negara-negara yang memerlukan makanan, ubat-ubatan, tempat tinggal, membiayai pendidikan, meningkatkan taraf hidup umat Islam baik dalam politik, ekonomi, sosial dan sebagainya. Dengan ini diharapkan umat Islam dapat mengukuhkan akidah mereka dan tidak terpengaruh dengan dakyah-dakyah kristian yang bertujuan merosakkan agama Islam yang suci ini.

Perlu dijelaskan di sini bahawa walaupun gerakan globalisasi agama ini dinamakan kristianisasi dunia, namun keuntungannya adalah untuk kepentingan Yahudi Antarabangsa iaitu untuk kepentingan Zionisme Israel. Ini kerana sejak dari dulu lagi, Kristian telah diresapi oleh Yahudi melalui “orang suci” iaitu Paul sehingga mereka menamakan Kristian sekarang sebagai Kristian Paul bukan Kristian Jesus.

Media merupakan alat yang cukup berkesan dalam era globalisasi sosial. Seorang Rabi Yahudi bernama Rashoron, dalam sebuah pidatonya menggambarkan perhatian yang cukup besar terhadap media massa. Katanya: “Jika emas merupakan kekuatan kita yang pertama, media massa adalah kekuatan kita yang kedua”. Dunia moden hari ini menyaksikan bangsa Yahudi telah menguasai rangkaian media massa utama dunia dari pusat berita antara bangsa (News Agency) hinggalah kepada Akhbar (Press), jaringan TV dan Radio, industri perfileman dan program TV, industri percetakan, penerbitan, penyaluran maklumat dan sebagainya. Agensi Reuter umpamanya didirikan di Jerman oleh Julius Paul Reuter, seorang Yahudi kelahiran Jerman. Begitu juga dengan Associated Press (AP) dan United Press International juga milik Yahudi.

Media akhbar utama dunia seperti The Times, Sunday Times, New York Post, dan majalah seperti majalah porno Sun, News of the World, City Magazine, Star dan News Week adalah milik Jutawan Yahudi dari Australia iaitu Robert Murdoch. Begitu juga dengan media massa besar Britain seperti The Daily Telegraph, The Economist, The Daily Express, News Cronical, Daily Mail, Daily Herald, Manchester Guardian dan lain-lain adalah di bawah penguasaan Yahudi. Dua majalah paling berkaliber dunia iaitu Times dan Newsweek juga dikuasai oleh Yahudi. Jaringan TV antarabangsa (ABC, CBS, NBS), begitu juga dengan syarikat-syarikat perfileman mereka seperti Fox Company, Golden Company, Metro Company, Warner and Bross Company dan ParaMount Company adalah di bawah pemilikan Yahudi.

Industri perfileman Hollywood hari ini memainkan peranan yang besar dalam pembentukan pemikiran umat manusia hari ini. Mereka membawa satu misi tertentu untuk kepentingan Zionis. Filem-filem Box Office seperti Deep Impact, Armageddon, Starwars, The Mummy Returns, Matrix dan Matrix Reloaded adalah dengan jelas mengambarkan kepercayaan dan cita-cita Yahudi.

Permainan Yahudi ini jelas disebut dalam Protokol Zionis xiii (13) :

“In order to distract people who may be too trouble some from discussions of questions of the political, we are now putting forward what we allege to be new questions of the political, namely, questions of industry. In this sphere let them discuss themselves silly!.... We further distract them with amusements, games, pastimes, passions, people’s palaces…Soon we shall begin through the press to propose competition in arts, in sports of all kinds: these interest will finally distract their minds from questions in which we should find ourselves compelled to oppose them. Growing more and more unaccustomed to reflect and form any opinion of their own, people will begin to talk in the same tone as we, because we alone shall be offering them new direction for thought…. Of course, through persons as will not be suspected of solidarity with us.”

Terjemahan: “Bagi mengalihkan perhatian golongan yang mungkin menimbulkan kekacauan dari memperbincangkan persoalan-persoalan politikal, kita pada masa ini sedang mengenengahkan apa yang kita katakan sebagai persoalan baru di dalam politik iaitu industri. Di dalam bidang ini, biarkanlah mereka membincangkannya sesuka hati mereka!...... Seterusnya kita akan terus mengalih perhatian mereka kepada hiburan-hiburan, permainan-permainan, hobi-hobi, keghairahan, istana-istana rakyat…..Tidak lama kemudian, di akhbar-akhbar kita akan mula menganjurkan peraduan-peraduan di dalam bidang kesenian, kesukanan dan seumpamanya. Minat di dalam perkara-perkara ini akan dapat mengalih perhatian mereka daripada persoalan yang mungkin memaksa kita untuk menyanggahnya. Semakin tidak dibiasakan untuk bertindakbalas dan membentuk pendapat sendiri, orang ramai akan mula bercakap dalam nada yang sama seperti kita, kerana kita sajalah yang akan memberikan aliran baru untuk pendapat…. Tentulah melalui orang yang tidak disyaki bersepakat dengan kita.”

Dalam globalisasi sosial ini juga mereka cuba untuk merosakkan agama dan pegangan tauhid serta menyebarluaskan fahaman Atheis di kalangan umat manusia amnya dan Islam khususnya. Dalam mencapai hasrat tersebut mereka memperalatkan intelek ala kiri yang dikenali dengan “Fabian Sosialist” di Barat untuk membuat teori-teori palsu dalam bidang sains sosial dan sains Tabii. Mereka itu termasuk Karl Marx, Mordecai, Friedrich Hegel, Arnold Toynbee, Sigmund Freud, John Dewey, Abraham Maslow, Charles Darwin dan sebagainya. Pemikiran-pemikiran mereka ini menafikan wujudnya Tuhan, rasul-rasul, hari kiamat serta nilai mutlak. Nilai–nilai murni dan akhlak dipandang sebagai sesuatu yang relatif dan boleh diubah mengikut keadaan semasa.

Zionis juga mengunakan Orientalis untuk merosakkan Islam dari dalam. Terdapat ramai Orientalis Yahudi sebagai tenaga pengajar di Fakulti Pengajian Timur dan Islam di universiti-universiti di England, Amerika dan Eropah yang berketurunan Yahudi seperti Ignaz Goldziher, Joseph Schaht, S.D.E Goiteim, Marxime Rodinson, A.H. Muller, James Dar Mersteter, Joses Horovtz dan sebagainya. Tugas mereka adalah jelas iaitu memberi tafsiran yang baru kepada agama Islam dan sejarahnya melalui kajian atas penganutnya bukan ajaran Islam yang sebenar.

Kesimpulan

Zionisme Yahudi adalah pergerakan agama dan politik yang amat merbahaya kepada kemanusiaan sejagat. Akar pemikiran serta strategi yang digunakan oleh mereka untuk mendominasikan dunia harus disedari oleh semua umat manusia yang beragama, terutamanya umat Islam yang merupakan musuh utama mereka dalam mencapai hasrat “Dari Eufrat hingga Nil.” Idea-idea karut yang cuba dinormalisasikan oleh mereka hendaklah dihadapi dengan penuh kekuatan. Kekuatan ilmu, iman dan takwa adalah sebaik-baik senjata. Dengan ilmu, umat Islam akan dapat bangkit dalam apa jua bidang yang telah dicapai oleh mereka. Sunatullah dan logik Historis menyatakan bahwa siklus peradaban pada masa hadapan akan berada di tangan kaum Muslimin. Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

“Hari-hari kemenangan itu kami pergilirkan antara manusia” (Surah al-Imran: 140)

Namun demikian kemenangan kaum Muslimin tidak akan berlaku tanpa usaha yang gigih dari seluruh umat Islam.

Dr. Yusuf al-Qardawi dalam bukunya Al-Muslimun wa al-‘Aulamah menyarankan agar umat Islam mengambil sikap sederhana atau moderate dalam menghadapi gelombang globalisasi. Sikap sederhana ini digambarkan dengan berusaha mengambil yang baik dari globalisasi dan menghindarkan yang negatif sedaya mungkin. Dalam proses globalisasi moden hari ini teknologi maklumat dan komunikasi adalah enjinnya yang utama. Dalam hal ini adalah amat wajar bagi umat Islam untuk menguasai bidang ini. Umat Islam khususnya para cendekiawan muslim, para pendakwah wajar mengambil peluang dan faedah dari penggunaan internet. Sebagai sumber informasi alternatif, internet menawarkan satu cara penyampaian maklumat yang lebih pantas, global dan murah. Penyebaran ilmu terutama ilmu-ilmu Islam memerlukan saluran komunikasi yang efektif dan canggih

Setiap umat Islam wajib mengambil bahagian dalam memenangkan Islam dan melepaskan dunia dari cengkaman Zionis yang dilaknat Allah sesuai dengan kedudukan masing-masing. Dalam menghadapi cabaran globalisasi politik umpamanya, adalah amat perlu untuk kita berusaha sedaya mungkin agar kesatuan umat Islam sentiasa terpelihara dan berusaha sedaya mungkin untuk menghindari perpecahan sesama umat Islam dengan berpegang teguh kepada seruan al-Qur’an dan al-Sunnah. Dalam menghadapi globalisasi ekonomi pula sewajarnya umat Islam bersikap dan bertindak selektif terhadap barangan-barangan produk Barat terutama AS sedaya mungkin. Prof. Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam fatwanya mengatakan: “Seringgit yang kita gunakan untuk membeli barangan Amerika bersamaan dengan seringgit untuk Israel membeli sebiji peluru untuk membunuh kanak-kanak Palestin”.

Begitu juga dalam menghadapi cabaran globalisasi sosial. Setiap dari kita mempunyai peranan masing-masing, dari individu, ibu bapa, guru, masyarakat dan pemerintah harus menunaikan amanah dan tanggungjawab yang telah ditentukan oleh agama ke atas mereka.