RAYA AIDILFITRI 2012

Friday, 31 August 2012

Assalamualaikum....rasenyer masih belom terlambat lagi untuk saya mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN...alhamdulillah...syukur kepada Ilahi kerana memberi kita peluang untuk menyambut hari kemengangan kita selepas sebulan kita berperang dengan nafsu dengan berpuasa....bulan RAMADHAN telah meninggalkan kita sekali lagi..bulan yang penuh dengan kerahmatan dan keampunan telah kita lalui...insyaallah...setiap dari kita telah menyempurnakan puasa kita pada tahun ini...dan saya berharap kita semua akan bertemu lagi dengan bulan yang mulia ini....AMIN



tiga hari sebelom raya saya telah pulang ke kampung....tidak la jauh dan tidak la begitu dekat...perjalannan mengambil masa 6 jam daripada KL central...bersendirian dan amat membosankan...warga kota mula bertolak pulang ke kampung halaman....KTMB yg pada biasanya lengang, pada malam itu penuh dan sarat dengan warga kota..tidak kira bangsa...melayu, cina, dan india beratur membeli tiket dan ada daripada mereka sudah tertidur kerana keletihan menunggu train...sambil menunggu train..wajah2 keluarga mula terbayang di kepala...lama sudah x berjumpa...walaupun x terlalu berjauhan tetapi rindu kepada mereka tetap ada pada diri ini.."agak2 nya adik aku dah sampai rumah nie"... seronok nyer




MALAM RAYE.....menjadi tradisi KAMPUNG TALANG MASJID, PERAK...pada setiap malam raya setiap tahun...dyorg semua mengadakan festival atau tradisi pajut dan meriam...meriam yg biasenyer dikampung kampung lain dibuat daripada buluh tetapi berlainnan dengn yg ini...ia diperbuat daripada besi dan kongkrik...bunyinyer amat dasyat.....kalau mahu tau lebih lanjut boleh la datang ke kampung saya pada malam raya....suasana amat meriah dengan kehadiran warga kota yg tidak penah menyaksikan meriam...suasana disitu bagaikan berada di tengah2 peperangan..kerana setiap kampung mempunyai meriam masing masih..dan mempunyai kekuatan bunyi meriam yang tersendiri....boleh cuba jika mahu...


HARI RAYA PERTAMA







0 comments:

Post a Comment